Monday, April 19, 2010

Nilai Tokoh; Sudirman Haji Arshad


Nilai-nilai yang dapat dipelajari oleh Allahyarham Sudirman Hj Arshad

1) AKTIF Italic

- Beliau memasuki pertandingan bersyair, berpidato, berpantun, kuiz serta persembahan teater dan koir sekolah.
- Beliau juga suka bersukan dan meluangkan masa di dalam perpustakaan.


2) PANDAI MEMBAHAGIKAN MASA

- Di sebalik kepadatan jadual dalam bidang seni, beliau masih dapat membahagi masanya dengan baik di antara menyanyi dan kelas tutorial di Universiti Malaya.


3) TAHU MEMILIH KEHIDUPAN YANG DIINGINKAN

- Sudirman meninggalkan bidang guaman kerana memilih bidang seni sebagai kerjayanya.

4) BANGGA DENGAN MASYARAKAT MELAYU


-Setelah menamatkan pengajiannya, Sudirman bebas mengembangkan karier seninya. Beliau yang bangga dengan imej budak kampung, menyanyikan lagu-lagu yang berkait rapat dengan masyarakat Malaysian.

5) PATRIOTIK

- Sudirman membuat lagu-lagu khas untuk Malaysia seperti Warisan, Punch Card, Kehadiranku, 31 Ogos dan Tegakkan Bendera Kita.

6) CERIA

- Selama 7 bulan beliau terlantar sakit, keluarga rapatnya merahsiakan punca penyakit dan lokasi di mana Sudirman dirawat. Dalam tempoh itu, dia tidak ke mana-mana kecuali ke rumah kakaknya di
Butterworth selama seminggu. Dia mahu peminat-peminatnya melihat dia sihat, ceria, penghibur yang hebat, sebagai hero di pentas. Sememangnya dia tidak mahu meninggalkan kenangan yang teramat sedih di hati peminat setelah melihat dia terlantar sakit dan meninggal dunia.

No comments:

Post a Comment